- CUCKOO Malaysia dan Samsung Malaysia mengumumkan kerjasama strategik bagi memperkenal solusi Kediaman Sihat Pintar generasi baharu di Malaysia. Program ini, yang dilancarkan di bawah segmen perniagaan “CUCKOO Co-Created” CUCKOO Malaysia dikenali sebagai “CUCKOO Smart Healthy Home Co-Created Programme with Samsung”.
- Kerjasama strategik ini menggabungkan kekuatan unik kedua-dua syarikat, memperluas ekosistem solusi gaya hidup sihat CUCKOO Malaysia dengan pengenalan produk baharu merangkumi lima kategori produk, termasuk telefon pintar, TV pintar, AirDresser, peti sejuk dan mesin basuh.
- Segmen perniagaan CUCKOO Co-Created terbukti berjaya memacu pertumbuhan Syarikat itu, dengan sumbangan hasil meningkat daripada 2.9% pada tahun kewangan berakhir 2021 (TK2021) kepada 20.2% pada tahun kewangan berakhir 2024 (TK2024). Segmen itu turut mencatat pertumbuhan hasil tahun ke tahun yang mengagumkan sebanyak 62.6% pada TK2024, menyumbang kepada rekod hasil tertinggi Syarikat sebanyak RM1.24 bilion pada TK2024. Segmen CUCKOO Co-Created terus mempamerkan prestasi cemerlang pada suku pertama tahun kewangan 2025 (S1TK2025) dengan sumbangan 19.7% atau RM58.3 juta daripada jumlah hasil.
KUALA LUMPUR, 23 Jun 2025 – Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator), CUCKOO International (MAL) Berhad (“CUCKOO Malaysia” atau “Syarikat”), dan Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn. Bhd. (“Samsung Malaysia”) hari ini memeterai satu kerjasama strategik. Kerjasama ini membawa kepada pengenalan solusi Kediaman Sihat Pintar generasi baharu di Malaysia menerusi “CUCKOO Smart Healthy Home Co-Created Programme with Samsung” (atau “CUCKOO Co-Created Programme with Samsung”), di bawah segmen perniagaan “CUCKOO Co-Created” CUCKOO Malaysia.
Menerusi kerjasama ini, CUCKOO Malaysia akan memanfaatkan kepakaran Samsung dalam bidang teknologi untuk mempelbagaikan serta mengukuhkan ekosistem solusi gaya hidup sihatnya, sekali gus menawarkan solusi Kediaman Sihat Pintar yang lebih menyeluruh dan bersepadu kepada rakyat Malaysia. Di bawah program “CUCKOO Co-Created Programme with Samsung”, CUCKOO Malaysia akan memperluaskan rangkaian mesin basuhnya dan memperkenalkan empat lagi kategori produk baharu iaitu telefon pintar, TV pintar, AirDresser dan peti sejuk.
Dengan memanfaatkan teknologi canggih Samsung, kerjasama ini menyasarkan untuk menyediakan pelbagai produk pintar bersepadu yang menggabungkan elemen gaya hidup sihat, keterhubungan dan inovasi berasaskan AI, bagi menawarkan pengalaman kediaman sihat pintar yang sesuai dengan gaya hidup moden masa kini.
“Sebagai Pencipta Kediaman Sihat, kami sentiasa komited untuk memupuk gaya hidup lebih sihat dalam kalangan pelanggan melalui ekosistem solusi gaya hidup sihat kami yang semakin berkembang. Semangat membara ini telah membawa kepada jalinan kerjasama berterusan bersama pakar dan peneraju industri yang berkongsi nilai serupa menerusi segmen perniagaan CUCKOO Co-Created kami, dan kini bersama Samsung Malaysia. Kami percaya bahawa kerjasama strategik ini, yang memanfaatkan kekuatan unik kedua-dua syarikat, mampu membuka potensi pasaran yang lebih besar dengan solusi Kediaman Sihat Pintar, mempertingkat gaya hidup dan memberikan yang terbaik kepada rakyat Malaysia,” kata Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO Malaysia, Encik Hoe Kian Choon (KC Hoe).
“Kerjasama ini mencerminkan matlamat yang dikongsi bersama antara Samsung Malaysia dan CUCKOO Malaysia untuk membawa inovasi bermakna ke dalam kediaman rakyat Malaysia. Kepimpinan Samsung dalam segmen peralatan rumah berasaskan AI, ekosistem SmartThings yang lancar, serta kepakarannya dalam teknologi berhubung akan menjadi asas kukuh kepada pengalaman Kediaman Sihat Pintar. Menerusi gabungan kekuatan pengedaran dan kepakaran gaya hidup sihat CUCKOO Malaysia, kami dapat menawarkan standard baharu untuk keselesaan, penjagaan dan kehidupan saling berhubung,” kata Presiden Samsung Malaysia, Encik Charles Kim.
“CUCKOO Co-Created Programme with Samsung” ini menggabungkan dua ekosistem, ekosistem solusi gaya hidup sihat CUCKOO Malaysia dan ekosistem kediaman pintar Samsung, ke dalam satu penawaran bersepadu. Menerusi program ini, CUCKOO Malaysia akan memperkenalkan rangkaian solusi Kediaman Sihat Pintar pertama seumpamanya, yang dikuasakan oleh teknologi canggih Samsung dan direka khusus bagi memenuhi keperluan isi rumah Malaysia yang semakin berkembang, merangkumi lima kategori produk.
Di bawah segmen perniagaan CUCKOO Co-Created, Syarikat itu telah bekerjasama dengan LSK, Fujiaire dan OGAWA Malaysia bagi memperkenalkan rangkaian tilam, penyaman udara dan kerusi urutnya sendiri. Segmen ini telah menjadi pemacu pertumbuhan yang kukuh, dengan peningkatan sumbangan hasil daripada 2.9% untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 (“TK2021”) kepada 20.2% untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 (“TK2024”). Bagi TK2024, produk CUCKOO Co-Created mencatat pertumbuhan hasil tahun ke tahun yang mengagumkan sebanyak 62.6%, mencecah RM250.3 juta. Ia menyumbang kepada peningkatan ketara hasil keseluruhan sebanyak 11.0%, yang seterusnya membawa kepada rekod hasil tertinggi CUCKOO Malaysia sebanyak RM1.24 bilion untuk TK2024. Segmen CUCKOO Co-Created terus mempamerkan prestasi cemerlang dengan menyumbang 19.7% (RM58.3 juta) kepada jumlah hasil pada suku pertama tahun kewangan 2025 (S1TK2025).
“Segmen perniagaan CUCKOO Co-Created mengutamakan kerjasama dengan rakan perniagaan yang mempunyai matlamat serupa dengan kami bagi membuka nilai yang lebih besar untuk pelanggan dan Syarikat kami. Kerjasama kami selama ini terbukti berjaya seperti yang dapat dilihat pada pertumbuhan segmen ini. Selain itu, ia juga merupakan salah satu bahagian penting dalam perjalanan kami untuk terus memperkasakan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menjadi #SAMASAMAHealthier,” tambah Encik Hoe.
Produk di bawah program ini dijangka akan dilancar secara rasmi dan boleh didapati bermula pada 1 Julai 2025.