EN BM CN

Kenyataan Rasmi dari Cuckoo Korea

Kepada Semua Pelanggan Cuckoo Malaysia,

Merujuk kepada dakwaan negatif daripada artikel(1) yang dinyatakan oleh sebuah syarikat penerbitan Korea, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menangani dakwaan tersebut sebagai salah satu usaha kami bagi mengelakkan berlakunya sebarang kekeliruan dikalangan pengguna produk kami.

Artikel itu melaporkan dua isu yang berlainan iaitu, penapis udara yang mengandungi bahan anti-bakteria OIT(2) dan pengiklanan produk secara keterlaluan.

Mengenai penapis udara yang mengandungi bahan anti-bakteria OIT, Kementerian Alam Sekitar Korea menjalani satu penilaian terhadap risiko kehadiran OIT dalam penapis udara dan mendapati bahawa OIT ini berkemungkinan boleh memudaratkan kesihatan. Demi kepentingan kesihatan awam, semua syarikat pengeluar penapis udara yang mengandungi bahan OIT ini diarahkan untuk menarik semula produk-produk tersebut. Keputusan ini telah memberi kesan kepada majoriti pengeluar penapis udara(3).

Keputusan makmal menunjukkan bahawa kebarangkalian untuk berlakunya kemudaratan terhadap  kesihatan manusia adalah rendah(4). Namun begitu, dalam usaha untuk mengurangkan potensi berlakunya kebimbangan dan kekeliruan di antara pelanggan kami di Malaysia, Cuckoo mengambil keputusan untuk menggantikan semua penapis kepada penapis bebas OIT secara percuma, dengan kadar segera. Di Cuckoo, kesihatan dan keselamatan pelanggan kami adalah keutamaan kami dan kami sentiasa komited untuk memastikan pelanggan kami menikmati produk yang berkualiti tinggi tanpa sebarang keraguan.

Dakwaan kedua yang dinyatakan dalam artikel tersebut berkaitan dengan  promosi produk Cuckoo secara melampau di saluran home shopping di Korea. Merujuk kepada kenyataan “Penapis ini juga dipromosikan ke atas dakwaan bahawa air yang ditapis adalah berkesan bagi rawatan dan menyembuhkan kerosakan kulit”, kenyataan yang diperbesarkan itu digunakan semasa penyiaran dan menyebabkan Suruhanjaya Komunikasi Korea untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap saluran home shopping dan bukan terhadap Cuckoo(5). Pihak Cuckoo telah mengikut semua terma dan syarat penyiaran yang ditetapkan dengan mengemukakan semua bukti dan dokumen yang berkaitan kepada Suruhanjaya Komunikasi Piawaian Korea sebelum penyiaran. Siaran hanya akan dilakukan selepas permohonan diluluskan oleh pihak mereka.

Semua pengistiharan yang dibuat oleh Cuckoo mengenai produk kami adalah sah dan mematuhi undang-undang. Berkaitan penapis air Cuckoo, mineral yang terkandung seperti kalsium, magnesium dan lain-lain telah dikenal pasti melalui ujian makmal(6). Penapis udara kami dihasilkan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Alam Sekitar.

Selaras dengan moto and visi kami, ‘Beyond Standards’, Cuckoo sentiasa berusaha untuk melangkaui batasan dalam meningkatkan kualiti hidup pelanggan kami. Cuckoo berjanji untuk membekalkan produk yang lebih selamat dan baik serta bersedia untuk menyalurkan maklumat yang tepat kepada pelanggan kami yang berhak untuk mengetahuinya.

 

20 Julai, 2016

BON HAK KOO

Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo Electronics Co., Ltd.

 

Reference:

  1. http://www.koreatimes.co.kr/www/news/biz/2016/07/123_209655.html
  2. https://en.wikipedia.org/wiki/Isothiazolinone
  3. http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/article.aspx?aid=3021577
  4. http://koreabizwire.com/air-purifiers-in-spotlight-amid-toxic-substance-controversy/58252
  5. http://www.edaily.co.kr/news/NewsRead.edy?SCD=JE31&newsid=02722406612713864&DCD=A00503&OutLnkChk=Y
  6. Cuckoo Lab Test Report

Action Plan

Langkah 1: Tindakan segera telah diambil untuk membawa masuk penapis bebas OIT dari Korea.

Langkah 2: Tarikh jangkaan ketibaan penapis bebas OIT tersebut adalah pada bulan Ogos 2016. Setibanya penapis tersebut, pihak Cuckoo Natural Doctress akan menghubungi semua pelanggan bagi temujanji penukaran penapis.

Langkah 3: Program penukaran penapis ini dijangka akan disempurnakan dalam tempoh 2 bulan.

PENGGANTIAN PENAPIS BEBAS-OIT CUCKOO

Soalan-Soalan Lazim

1. Apakah itu OIT?

OIT, atau Octylisothiazolinone, adalah sejenis bahan kimia yang bersifat antimikrobial dan anticemar. Ia digunakan bagi menghalang pertumbuhan dan pembiakan mikroorganisma seperti bakteria, kulat, dan alga di dalam sistem penyejukan air, tangki minyak, sistem rawatan air yang memproses pulpa dan kertas, sistem pengekstrakan minyak dan pengawetan kayu. Ia juga terdapat dalam produk penjagaan diri seperti rambut dan formula pembuatan cat.

Pada tahun 2014, Kementerian Alam Sekitar Korea telah melarang penggunaan penapis udara dakwaan boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Pengumuman yang dibuat pada 20 Julai 2016 oleh kementerian telah tersebar luas. Justeru itu, Kementerian telah melarang pemasangan penapis udara tersebut sebagai langkah berjaga-jaga. Oleh itu, keputusan kementerian telah menjejaskan majoriti pengeluar penapis udara.

 

2. Adakah selamat untuk terus menggunakan mesin Penapis Udara Cuckoo?

Ya, penggunaan Penapis Udara Cuckoo adalah selamat.

Larangan penggunaan penapis udara yang mengandungi OIT oleh Kementerian Alam Sekitar di Korea adalah satu langkah berjaga-jaga bagi melindungi kesihatan orang awam. Berdasarkan sampel udara yang dikaji oleh pihak kementerian tersebut terhadap penilaian risiko terbabit, ianya didapati bahawa kebarangkalian untuk berlakunya kemudaratan terhadap kesihatan manusia adalah rendah dengan kadar kandungan OIT di dalam penapis udara tidak mampu disedut oleh pengguna. 

Walaubagaimanapun, kami akan menggantikan semua penapis kepada penapis bebas-OIT secara percuma dengan serta-merta bagi menjamin ketenteraman pelanggan Malaysia kami.

 

3. Bagaimana caranya untuk saya memohon penukaran penapis tersebut?

Cuckoo Natural Doctress akan menghubungi anda pada bulan Ogos 2016 bagi menetapkan temujanji penukaran sebaik sahaja penghantaran pertama penapis bebas-OIT tiba dari Korea.

 

4. Sekiranya saya membeli penapis udara sekarang, adakah ia menggunakan penapis bebas-OIT?

Cuckoo amat mementingkan kesihatan dan keselamatan pelanggan serta sentiasa komited dalam memastikan pelanggan kami menikmati produk berkualiti tinggi kami tanpa sebarang keraguan. Justeru itu, kami akan menghentikan sebarang penjualan penapis udara sehingga semuanya digantikan dengan penapis bebas-OIT. Penjualan semula dijangkakan akan bersambung pada bulan Ogos 2016.

 

5. Perlukah saya membawa mesin penapis udara saya ke pusat khidmat pelanggan Cuckoo?

Tidak perlu. Sebaik sahaja penapis bebas-OIT tersebut tiba di Malaysia, pihak Natural Doctress kami akan menghubungi anda untuk temujanji penukaran penapis ke rumah anda.

 

6. Saya menggunakan mesin penapis udara berlainan jenama. Adakah ia mengandungi OIT?

Merujuk kepada laporan akhbar di Korea, majoriti penapis udara yang mengandungi OIT adalah dikilangkan oleh 3M, dan kebanyakan mesin penapis udara menggunakan penapis yang dikeluarkan daripada mereka. Kami mencadangkan agar anda menghubungi pengedar mesin pembersih udara anda untuk mendapat kepastian, atau rujuk laporan akhbar tersebut disini link.

 

7. Berapa lamakah harus saya menunggu bagi penggantian penapis tersebut?

Kami menjangkakan penukaran penapis tersebut dapat disempurnakan sepenuhnya dalam tempoh 2 bulan. Penghantaran pertama penapis bebas-OIT tersebut pula dijangka tiba di Malaysia pada bulan Ogos 2016.

 

8. Apakah keberkesanan penapis bebas-OIT ini di dalam menghalang pembiakan kulapuk dan bakteria?

Mesin penapis udara kami tidak menggunakan penapis OIT untuk menghalang pembiakan kulapuk dan bakteria. Ianya disempurnakan oleh teknologi Cuckoo Plasma Ionizer (CPI) kami.