CUCKOO MALAYSIA MELANCARKAN STRUKTUR ASSOCIATE SALES PARTNER UNTUK MEMPERLUAS JANGKAUAN PASARAN
Empat ASP Menyertai Rangkaian Jualan CUCKOO Malaysia yang Kini Dibuka kepada Lebih Banyak Perniagaan, Memperkukuh Strategi Pengedaran Omni-Channel (Berbilang Saluran)
CUCKOO Malaysia melancarkan Struktur ASP dengan empat Rakan Jualan Bersekutu bagi memperkukuh strategi Omni-Channel (berbilang saluran) dan memperluas jangkauan pasaran.
(dari kiri)
- Tay Jie Yun (JY Tay), Ketua Pegawai Eksekutif MOVON Sdn. Bhd.;
- Hazman Bin Zakaria, Pengarah MZ Bumi Niaga Sdn. Bhd.;
- Hoe Kian Choon (KC Hoe), Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai
- Eksekutif CUCKOO International (MAL) Berhad;
- Toh Seng Lee, Ketua Pegawai Operasi CUCKOO International (MAL) Berhad;
- Michael Lee, Pengarah Ace Success Partner Sdn. Bhd.; dan
- Arick Heng, Pengarah Action Force United Sdn. Bhd.
KUALA LUMPUR, 1 OKTOBER 2026 – CUCKOO International (MAL) Berhad (“CUCKOO Malaysia” atau “Syarikat”, KLSE:5336),peneraju Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator), hari ini mengumumkan pelancaran Struktur Rakan Jualan Bersekutu (Associate Sales Partner, ASP) bagi memperkukuh dan memperluas strategi pengedaran Omni-Channel (berbilang saluran). Pelancaran ini ditandai dengan pemeteraian perjanjian kolaborasi bersama empat perniagaan bebas sebagai kumpulan ASP pertama Syarikat. Melalui kerjasama ini, Syarikat menyasarkan untuk menjangkau lebih ramai pelanggan di seluruh Malaysia serta menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat dan bahagia.
“Struktur ASP membuka lebih banyak peluang kepada perniagaan untuk berkembang bersama CUCKOO Malaysia. Kami mengalu-alukan perniagaan yang ingin memberi tumpuan kepada penjualan produk dan perkhidmatan CUCKOO, serta mereka yang ingin melengkapkan penawaran sedia ada dengan ekosistem solusi gaya hidup sihat kami. Melalui kerjasama ini, kami menyasarkan untuk mewujudkan lebih banyak peluang pendapatan dan memacu pertumbuhan Syarikat dalam jangka panjang, sambil membantu lebih ramai rakyat Malaysia menjadi #SAMASAMAHealthier,” kata Encik Hoe Kian Choon (KC Hoe), Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO Malaysia.
ASP merupakan perniagaan bebas yang berdaftar dan diberi kuasa sebagai sekutu perniagaan Syarikat untuk menjual produk dan perkhidmatan CUCKOO. Mereka menguruskan pasukan jualan dan urusan perniagaan masing-masing, manakala CUCKOO Malaysia terus beroperasi sebagai pengedar tunggal dan eksklusif produk jenama CUCKOO di Malaysia, Singapura, dan Brunei. Syarikat juga akan terus memperkenalkan produk dan perkhidmatan inovatif bagi memperkaya ekosistem solusi gaya hidup sihatnya serta memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah.
Sebagai permulaan kepada rangkaian ASP, Syarikat telah menandatangani perjanjian kolaborasi dengan empat syarikat. Tiga daripada ASP tersebut ditubuhkan oleh pemimpin dan pasukan jualan CUCKOO sedia ada, manakala satu lagi menambah sebuah lagi perniagaan berserta pasukan jualannya ke dalam rangkaian ini.
Syarikat mengalu-alukan penyertaan usahawan dan perniagaan pelbagai saiz daripada pelbagai sektor dalam rangkaian jualannya melalui Struktur ASP yang baru dilancarkan. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, perniagaan dalam sektor insurans, telekomunikasi, peruncitan dan perdagangan am, daripada kedai kejiranan hingga rangkaian perniagaan yang lebih besar. Perniagaan yang menyertai rangkaian jualan CUCKOO boleh memperkenalkan ekosistem solusi gaya hidup sihat CUCKOO Malaysia melalui premis dan saluran jualan sedia ada, atau membangunkan operasi jualan yang memberi tumpuan kepada produk dan perkhidmatan CUCKOO.
Melalui kolaborasi ini, CUCKOO Malaysia menyasarkan untuk menjangkau kumpulan pelanggan dan lokasi baharu, sekali gus memudahkan lebih ramai pelanggan mengakses ekosistem solusi gaya hidup sihatnya. Perniagaan yang menyertai rangkaian ini dapat mempelbagaikan penawaran dan meneroka sumber pendapatan tambahan, manakala peluasan rangkaian tersebut menyediakan asas bagi pertumbuhan jangka panjang Syarikat.
Perniagaan yang berminat untuk menjadi Associate Sales Partner boleh melayari www.cuckoo.com.my/asp untuk maklumat lanjut.











