CUCKOO MALAYSIA MELUNCURKAN “PROJEK CUCKOO LOVES, CARES” SEBAGAI RANGKATINDAKAN CSR BERSEPADU; PERKENAL “CUCKOO DREAM FUND” BERJUMLAH RM100,000 DAN SAHABAT CSR CUCKOO PERTAMA

  • CUCKOO Malaysia menyatukan semua usaha tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) di bawah pelan induk ‘Projek CUCKOO Loves, Cares’  (CUCKOO Loves, Cares Project); menyusun jejak sosialnya secara strategik merangkumi enam jenama tindakan CSR di samping sokongan  CSR yang lebih luas demi memberikan impak yang lebih berfokus dan berskala besar kepada semua kehidupan serta ruang yang disantuni.  
  • CUCKOO Malaysia memperkasakan generasi baharu bakat kreatif tempatan melalui pengenalan CUCKOO Dream Fund berjumlah  RM100,000; sebuah dana kreatif yang menawarkan sokongan kewangan sehingga RM10,000 bagi setiap projek bersama bimbingan  industri.
  • CUCKOO Malaysia melantik penyanyi-pencipta lagu tiga bahasa dan sensasi Mandopop tanah air, 菲道尔 Firdhaus, sebagai ‘Sahabat CSR  CUCKOO’ (CUCKOO CSR Friend) yang pertama dalam sejarah Syarikat, bagi menerajui usaha CSR Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home  Creator) serta bertindak sebagai Mentor CUCKOO Dream Fund.

KUALA LUMPUR, 30 Jun 2026 – Pertumbuhan korporat yang sebenar bukan sahaja diukur melalui prestasi perniagaan, malah  menerusi perubahan positif yang disumbangkan semula oleh sesebuah syarikat kepada komuniti, kehidupan, dan alam sekitar  yang wujud bersama dengannya. Susulan pertumbuhan pesat yang dicapai selama bertahun-tahun, CUCKOO International  (MAL) Berhad (“CUCKOO Malaysia” atau “Syarikat”, KLSE:5336), selaku Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator), kini  sedang memperluas usaha tanggungjawab sosial korporatnya (“CSR”) demi memacu impak jangka panjang yang lebih besar.

Pada acara pelancaran CSR yang bersejarah tersebut, Pencipta Kediaman Sihat tersebut secara rasminya telah memperkenalkan  pelan induk CSR miliknya, iaitu Projek CUCKOO Loves, Cares (CUCKOO Loves, Cares Project),sekali gus menyatukan semua usaha  kebajikannya di bawah pelan strategik yang bersepadu. Bagi memacu visi yang diperluas ini ke hadapan, Syarikat secara serentak  meluncurkan “CUCKOO Dream Fund” berjumlah RM100,000 untuk memperkasakan generasi baharu bakat kreatif berwawasan,  di samping melantik sensasi seni Mandopop tanah air, 菲道尔 Firdhaus, sebagai Sahabat CSR CUCKOO (CUCKOO CSR Friend) rasmi yang pertama dalam sejarah Syarikat.

“Bagi kami, kejayaan perniagaan mestilah sentiasa seiring dengan impak sosial kami bawakan. Sejajar dengan pertumbuhan  Syarikat, tanggungjawab kami untuk menambah baik kediaman dan ruang sekeliling, serta standard kehidupan buat seluruh  rakyat Malaysia juga turut berkembang bersamanya. Hari ini merupakan satu langkah yang amat besar bagi kami. Dengan  menyatukan semua usaha kami di bawah satu pelan induk CSR yang jelas, kami melangkah ke hadapan secara strategik dengan  matlamat yang lebih murni sebagai Pencipta Kediaman Sihat demi memberikan perubahan berterusan yang benar-benar  mengangkat darjat komuniti, kehidupan, dan ruang yang kami santuni,” kata Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua  Pegawai Eksekutif CUCKOO Malaysia, Encik Hoe Kian Choon (KC Hoe).

Rangka Tindakan Bersepadu Demi Kebaikan Semua: Projek CUCKOO Loves, Cares (CUCKOO Loves, Cares Project)(CUCKOO Loves, Cares Project)

Fokus utama bagi majlis pelancaran CSR ini menyaksikan pengenalan rasmi Projek CUCKOO Loves, Cares, yang bertindak sebagai  pelan induk bagi semua usaha CSR Syarikat pada masa kini dan akan datang. Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, jangkauan komuniti CUCKOO Malaysia telah berkembang dengan pesat di mana bilangan projek komuniti melonjak secara dinamik daripada 8 inisiatif pada tahun 2023, berkembang kepada 20 inisiatif pada tahun 2024, dan mencapai kemuncak  sebanyak 54 inisiatif pada tahun 2025. Melangkah ke fasa baharu, Projek CUCKOO Loves, Cares yang telah distrukturkan semula  ini bermatlamat untuk menyatukan serta memperkukuh semua usaha ini. Langkah ini bagi memastikan penglibatan sosial  dilaksanakan secara strategik dengan hala tuju yang jelas demi impak masyarakat yang maksimum.

Berteraskan oleh slogan “Kediaman Bahagia, Bermula Dari Kita” (Better Homes Begin with Us), pelan induk ini bertindak  sebagai panduan teras CSR Syarikat yang menumpukan kepada dua objektif utama, iaitu “mewujudkan ruang yang lebih selamat,  sihat, dan ceria” (“creating a safer, healthier, happier space”), serta “meningkatkan kualiti hidup semua lapisan masyarakat  secara menyeluruh” (“raising living standards for all”). Rangka pelan yang serba komprehensif ini membahagikan portfolionya  kepada dua bahagian impak yang khusus:

  • Bahagian Impak Pertama – CUCKOO Loves: Bertindak sebagai nadi kemanusiaan Syarikat yang penuh keprihatinan,  bahagian ini memfokuskan kepada sokongan komuniti, serta bantuan krisis dan bencana melalui jenama tindakan CSR  berikut: 
    • #SAMASAMAKongsi: Program makanan komuniti yang dikhususkan untuk menangani isu kelaparan serta  meringankan beban kewangan golongan yang memerlukan.
    • #SAMASAMABantu: Usaha bantuan segera yang digerakkan secara responsif untuk menyediakan capaian terus,  bantuan kecemasan, serta barangan keperluan kritikal bagi menyokong masyarakat semasa krisis dan bencana  alam.
    • #SAMASAMABuatBaik: Usaha santunan komuniti untuk mendekati, menyokong, serta memperkasakan golongan  yang memerlukan melalui program yang bermakna.
  • Bahagian Impak Kedua – CUCKOO Cares: Memanfaatkan kepakaran teras Syarikat dalam industri peralatan rumah dan  barangan rumah sebagai Pencipta Kediaman Sihat serta komitmen jangka panjang untuk memperkukuh daya tahan masa  hadapan masyarakat, bahagian ini menumpukan kepada akses kesejahteraan hidup, pemeliharaan ekosistem, serta  pemerkasaan golongan muda menerusi tiga jenama tindakan CSR berikut: 
    • #SAMASAMAUplift: Meningkatkan standard kehidupan komuniti yang disantuni oleh Syarikat melalui penyediaan  penapis air serta penawaran solusi Kediaman Sihat Syarikat yang lain untuk melengkapkan kemudahan di sekolah,  pusat komuniti, rumah anak yatim, dan rumah jagaan warga emas
    • #SAMASAMAProtect: Inisiatif pengawasan alam sekitar secara langsung yang memfokuskan kepada perlindungan  ekosistem, memulihara habitat semula jadi, serta mengekalkan kelestarian hidupan di darat dan di dalam air. ○
    • #SAMASAMAEmpower: Memperkasakan generasi masa hadapan dan memupuk bakat tempatan di peringkat akar  umbi melalui penyediaan biasiswa khas, penajaan strategik, latihan vokasional, serta dana pembangunan.

Di bawah kerangka menyeluruh Projek CUCKOO Loves, Cares ini, kesemua enam jenama tindakan CSR tersebut dipandu secara  sistematik oleh Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDGs). Di samping jenama tindakan  CSR teras ini, Syarikat juga terus menyokong inisiatif kebajikan yang lebih luas, termasuk penajaan usaha rakan komuniti yang  lain, selaras dengan sasaran global tersebut. Langkah ini memastikan setiap lapisan jejak sosial CUCKOO Malaysia memacu impak yang mampan dan bermakna.

Merealisasikan Impian, Memacu Masa Hadapan Dengan CUCKOO Loves, Cares Project

Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator) ini turut meluncurkan CUCKOO Dream Fund susulan perasmian Projek  CUCKOO Loves, Cares bersama enam jenama tindakan CSR di bawahnya. Beroperasi di bawah jenama tindakan CSR  #SAMASAMAEmpower, inisiatif ini menyediakan peruntukan keseluruhan berjumlah RM100,000 bertujuan untuk menyokong  impian dan cita-cita bakat kreatif yang berada di peringkat awal atau fasa pertumbuhan baharu, seperti pelajar, graduan baharu,  atau pencipta kandungan bebas yang berusia antara 15 hingga 30 tahun.

Para pemohon dijemput untuk mengemukakan kertas cadangan projek yang asli bersama video pembentangan (pitch video) berdurasi 2 minit, merangkumi satu atau lebih daripada lima domain kreatif yang layak, termasuk Kandungan Digital &  Penceritaan (Digital Content & Storytelling), Muzik & Seni Bunyi (Music & Sound), Reka Bentuk & Seni Visual (Design & Visual  Arts), Seni Persembahan & Gerakan (Performance & Movement), atau Bengkel Kreatif (Creative Workshops). Permohonan yang  terpilih bakal menerima sumbangan sehingga RM10,000 bagi setiap projek, yang distrukturkan secara unik untuk mengiktiraf  bakat kreatif di samping menggalakkan tanggungjawab terhadap komuniti:

  • Sehingga RM5,000 bagi Geran Kreatif (Creative Fund): Dianugerahkan untuk menyokong hasil kreatif serta  pembangunan komponen projek seni yang asli.
  • Sehingga RM5,000 bagi Geran Penyelarasan Impak Sosial (Social Impact Alignment Fund): Insentif tambahan yang  diberikan khusus kepada projek yang mempunyai agenda sosial yang mantap atau membawa impak komuniti yang jelas.

Peruntukan keseluruhan RM100,000 ini akan diagihkan menerusi dua kitaran permohonan yang berbeza, dengan setiap kitaran  memperuntukkan jumlah RM50,000. Permohonan untuk Kitaran 1 dibuka bermula dari 1 Julai 2026 sehingga 30 September 2026,  manakala butiran bagi Kitaran 2 pula akan diumumkan kelak. Individu yang berminat boleh mengemukakan permohonan mereka  secara langsung melalui laman web rasmi CUCKOO Malaysia di www.cuckoo.com.my/CUCKOODreamFund. Setiap permohonan  akan dinilai secara menyeluruh berdasarkan matriks penilaian berstruktur yang merangkumi: Kebolehlaksanaan Projek  (Execution Feasibility – 50%), Inovasi & Keaslian Idea Projek (Innovation & Originality – 25%), Kemampanan Projek (Sustainability  – 15%), serta Impak Sosial Projek (Social Impact & Legacy – 10%).

Pelantikan 菲道尔 Firdhaus sebagai Sahabat CSR CUCKOO

Bagi membantu menterjemahkan pelan komprehensif ini kepada tindakan nyata, penyanyi-pencipta lagu tiga bahasa terkemuka  serta sensasi seni Mandopop, 菲道尔 Firdhaus, telah dilantik secara rasmi sebagai Sahabat CSR CUCKOO yang pertama dalam  sejarah Syarikat. Menerusi peranan dedikasi dan penglibatan secara langsung ini, 菲道尔 Firdhaus bakal bertindak sebagai wajah  mesra yang mengemudi naratif dan usaha kebajikan Syarikat, di samping menggalas tanggungjawab sebagai mentor bagi inisiatif  CUCKOO Dream Fund. Selaku mentor bagi CUCKOO Dream Fund, beliau akan terlibat secara langsung dalam proses senarai  pendek dan penilaian permohonan, serta membimbing para pemohon yang berjaya dalam melaksanakan projek mereka.

“Acara kami hari ini telah memberikan momentum baharu untuk memacu impak sosial yang lebih besar. Melalui pelantikan 菲 道尔 Firdhaus sebagai Sahabat CSR CUCKOO sulung kami, kami menyuntik tenaga yang tulus ke dalam usaha advokasi ini, yang  kami harapkan dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk melakukan kebaikan dan meluaskan lagi impak usaha. Sebagai sebuah entiti korporat, kami menyedari bahawa kesejahteraan sebenar merangkumi kehidupan semua makhluk, ruang yang kita diami, serta alam semula jadi yang kita kongsi bersama. Melangkah ke hadapan dengan pelan induk yang  bersepadu ini, matlamat kami adalah untuk menyalurkan tenaga kolektif ini demi perubahan jangka panjang. Dengan melindungi  ekosistem, menyantuni institusi kebajikan, serta mengangkat darjat komuniti, kami berharap dapat membina dunia yang lebih  berdaya tahan dan harmoni buat semua,” kata Ketua Pegawai Pemasaran CUCKOO Malaysia, Cik Queenie Goh.  

Acara itu juga menyaksikan pencapaian muzik yang melakar sejarah menerusi peluncuran lagu “像水一樣” (Be Like Water),  sebuah karya duet unik antara Biduanita Negara dan Duta CUCKOO, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, bersama 菲道尔 Firdhaus. Ditulis  dan digubah sepenuhnya oleh 菲道尔 Firdhaus, karya ini turut melakar kejutan besar buat Dato’ Sri Siti Nurhaliza apabila ia  menjadi lagu penuh berbahasa Mandarin yang pertama dalam sepanjang perjalanan seni muzik beliau. Mencerminkan falsafah  air yang menggambarkan bagaimana kasih sayang dan keprihatinan mengalir secara fleksibel serta menyesuaikan diri dengan  setiap cabaran, lagu ini melambangkan keselarasan yang sempurna dengan matlamat teras pelan induk CSR Syarikat, sekali gus  diangkat sebagai lagu tema CSR rasmi CUCKOO Malaysia. Dengan pengenalan lagu tema CSR CUCKOO Malaysia ini, Syarikat  tersebut turut dianugerahkan pengiktirafan rasmi daripada Asia Records sebagai “Lagu Tema CSR Rasmi bagi Korporat dalam  Bahasa Cina yang Pertama di Asia Menampilkan Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Firdhaus oleh Jenama Kelengkapan Rumah (2026)” (‘Asia’s First Chinese Corporate CSR Theme Song Featuring Dato’ Sri Siti Nurhaliza and Firdhaus by a Home Living Brand (2026)).

Memacu Impak Sosial: Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO Malaysia, Encik Hoe Kian Choon (KC Hoe), menyampaikan ucapan beliau sempena pelancaran rasmi Projek CUCKOO Loves, Cares. Pelan induk CSR yang baru ini direka untuk memberikan impak jangka panjang yang lebih besar dan berskala luas kepada komuniti di seluruh Malaysia.

Memperkasakan Generasi Kreatif Baharu: CUCKOO Malaysia meluncurkan “CUCKOO Dream Fund” secara rasmi dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM100,000. Beroperasi di bawah jenama tindakan CSR #SAMASAMAEmpower, geran kreatif ini menawarkan sumbangan sehingga RM10,000 bagi setiap projek bersama bimbingan industri buat pencipta bakat tempatan yang berusia antara 15 hingga 30 tahun.

(dari kiri)

  • Phei Yong, Duta CUCKOO;
  • Queenie Goh, Ketua Pegawai Pemasaran, CUCKOO International (MAL) Berhad;
  • Hoe Kian Choon (KC Hoe), Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif, CUCKOO International (MAL) Berhad;
  • Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Duta CUCKOO; dan
  • 菲道尔 Firdhaus, Sahabat CSR CUCKOO

Sahabat CSR CUCKOO Sulung: Penyanyi-pencipta lagu tiga bahasa terkemuka serta sensasi Mandopop, 菲道尔 Firdhaus, dilantik secara rasmi sebagai ‘Sahabat CSR CUCKOO’ (CUCKOO CSR Friend) yang pertama dalam sejarah Syarikat. Menerusi peranan dedikasi ini, beliau bakal menerajui usaha CSR CUCKOO di samping menggalas tanggungjawab sebagai mentor bagi inisiatif CUCKOO Dream Fund.

Duet Bersejarah: Biduanita Negara dan Duta Jenama CUCKOO, Dato’ Sri Siti Nurhaliza (kanan), bersama penyanyi-pencipta lagu tiga bahasa serta Sahabat CSR CUCKOO yang baharu dilantik, 菲道尔 Firdhaus (kiri), menyanyikan lagu “像水一樣” (Be Like Water) secara langsung buat kali pertama. Ditulis dan digubah sepenuhnya oleh 菲道尔 Firdhaus, karya ini melakar sejarah sebagai lagu penuh berbahasa Mandarin yang pertama buat Dato’ Sri Siti Nurhaliza serta diangkat sebagai lagu tema CSR rasmi CUCKOO Malaysia.

Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekuatif CUCKOO Malaysia, Encik Hoe Kian Choon (KC Hoe), menerima pengiktirafan rasmi daripada Asia Records sebagai “Lagu Tema CSR Rasmi bagi Korporat dalam Bahasa Cina yang Pertama di Asia Menampilkan Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Firdhaus oleh Jenama Kelengkapan Rumah (2026)” (‘Asia’s First Chinese Corporate CSR Theme Song Featuring Dato’ Sri Siti Nurhaliza and Firdhaus by a Home Living Brand (2026)’) bagi lagu tema yang baharu diluncurkan, iaitu “像水一樣” (Be Like Water).

Pelan Induk CSR CUCKOO: Ketua Pegawai Pemasaran CUCKOO Malaysia, Cik Queenie Goh, membentangkan struktur ‘Projek CUCKOO Loves, Cares’ (CUCKOO Loves, Cares Project). Pelan induk ini membahagikan jejak sosial Syarikat kepada dua bahagian impak yang khusus, iaitu CUCKOO Loves dan CUCKOO Cares, yang dipandu secara sistematik oleh Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDGs).

Menghargai Perjalanan Bersama: Duta Jenama CUCKOO, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Phei Yong, mengimbau kembali inisiatif-inisiatif CSR CUCKOO lalu yang pernah mereka sertai secara peribadi. Pengalaman bersama ini menyerlahkan lagi komitmen CUCKOO Malaysia dalam menyampaikan kasih sayang dan keprihatinan kepada komuniti , sekali gus menjadi asas kepada pelan induk ‘Projek CUCKOO Loves, Cares’ (CUCKOO Loves, Cares Project) yang baharu diluncurkan.

  • CUCKOO Malaysia menyatukan semua usaha tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) di bawah pelan induk ‘Projek CUCKOO Loves, Cares’  (CUCKOO Loves, Cares Project); menyusun jejak sosialnya secara strategik merangkumi enam jenama tindakan CSR di samping sokongan  CSR yang lebih luas demi memberikan impak yang lebih berfokus dan berskala besar kepada semua kehidupan serta ruang yang disantuni.  
  • CUCKOO Malaysia memperkasakan generasi baharu bakat kreatif tempatan melalui pengenalan CUCKOO Dream Fund berjumlah  RM100,000; sebuah dana kreatif yang menawarkan sokongan kewangan sehingga RM10,000 bagi setiap projek bersama bimbingan  industri.
  • CUCKOO Malaysia melantik penyanyi-pencipta lagu tiga bahasa dan sensasi Mandopop tanah air, 菲道尔 Firdhaus, sebagai ‘Sahabat CSR  CUCKOO’ (CUCKOO CSR Friend) yang pertama dalam sejarah Syarikat, bagi menerajui usaha CSR Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home  Creator) serta bertindak sebagai Mentor CUCKOO Dream Fund.

KUALA LUMPUR, 30 Jun 2026 – Pertumbuhan korporat yang sebenar bukan sahaja diukur melalui prestasi perniagaan, malah  menerusi perubahan positif yang disumbangkan semula oleh sesebuah syarikat kepada komuniti, kehidupan, dan alam sekitar  yang wujud bersama dengannya. Susulan pertumbuhan pesat yang dicapai selama bertahun-tahun, CUCKOO International  (MAL) Berhad (“CUCKOO Malaysia” atau “Syarikat”, KLSE:5336), selaku Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator), kini  sedang memperluas usaha tanggungjawab sosial korporatnya (“CSR”) demi memacu impak jangka panjang yang lebih besar.

Pada acara pelancaran CSR yang bersejarah tersebut, Pencipta Kediaman Sihat tersebut secara rasminya telah memperkenalkan  pelan induk CSR miliknya, iaitu Projek CUCKOO Loves, Cares (CUCKOO Loves, Cares Project),sekali gus menyatukan semua usaha  kebajikannya di bawah pelan strategik yang bersepadu. Bagi memacu visi yang diperluas ini ke hadapan, Syarikat secara serentak  meluncurkan “CUCKOO Dream Fund” berjumlah RM100,000 untuk memperkasakan generasi baharu bakat kreatif berwawasan,  di samping melantik sensasi seni Mandopop tanah air, 菲道尔 Firdhaus, sebagai Sahabat CSR CUCKOO (CUCKOO CSR Friend) rasmi yang pertama dalam sejarah Syarikat.

“Bagi kami, kejayaan perniagaan mestilah sentiasa seiring dengan impak sosial kami bawakan. Sejajar dengan pertumbuhan  Syarikat, tanggungjawab kami untuk menambah baik kediaman dan ruang sekeliling, serta standard kehidupan buat seluruh  rakyat Malaysia juga turut berkembang bersamanya. Hari ini merupakan satu langkah yang amat besar bagi kami. Dengan  menyatukan semua usaha kami di bawah satu pelan induk CSR yang jelas, kami melangkah ke hadapan secara strategik dengan  matlamat yang lebih murni sebagai Pencipta Kediaman Sihat demi memberikan perubahan berterusan yang benar-benar  mengangkat darjat komuniti, kehidupan, dan ruang yang kami santuni,” kata Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua  Pegawai Eksekutif CUCKOO Malaysia, Encik Hoe Kian Choon (KC Hoe).

Rangka Tindakan Bersepadu Demi Kebaikan Semua: Projek CUCKOO Loves, Cares (CUCKOO Loves, Cares Project)

Fokus utama bagi majlis pelancaran CSR ini menyaksikan pengenalan rasmi Projek CUCKOO Loves, Cares, yang bertindak sebagai  pelan induk bagi semua usaha CSR Syarikat pada masa kini dan akan datang. Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, jangkauan komuniti CUCKOO Malaysia telah berkembang dengan pesat di mana bilangan projek komuniti melonjak secara dinamik daripada 8 inisiatif pada tahun 2023, berkembang kepada 20 inisiatif pada tahun 2024, dan mencapai kemuncak  sebanyak 54 inisiatif pada tahun 2025. Melangkah ke fasa baharu, Projek CUCKOO Loves, Cares yang telah distrukturkan semula  ini bermatlamat untuk menyatukan serta memperkukuh semua usaha ini. Langkah ini bagi memastikan penglibatan sosial  dilaksanakan secara strategik dengan hala tuju yang jelas demi impak masyarakat yang maksimum.

Berteraskan oleh slogan “Kediaman Bahagia, Bermula Dari Kita” (Better Homes Begin with Us), pelan induk ini bertindak  sebagai panduan teras CSR Syarikat yang menumpukan kepada dua objektif utama, iaitu “mewujudkan ruang yang lebih selamat,  sihat, dan ceria” (“creating a safer, healthier, happier space”), serta “meningkatkan kualiti hidup semua lapisan masyarakat  secara menyeluruh” (“raising living standards for all”). Rangka pelan yang serba komprehensif ini membahagikan portfolionya  kepada dua bahagian impak yang khusus:

  • Bahagian Impak Pertama – CUCKOO Loves: Bertindak sebagai nadi kemanusiaan Syarikat yang penuh keprihatinan,  bahagian ini memfokuskan kepada sokongan komuniti, serta bantuan krisis dan bencana melalui jenama tindakan CSR  berikut: 
    • #SAMASAMAKongsi: Program makanan komuniti yang dikhususkan untuk menangani isu kelaparan serta  meringankan beban kewangan golongan yang memerlukan.
    • #SAMASAMABantu: Usaha bantuan segera yang digerakkan secara responsif untuk menyediakan capaian terus,  bantuan kecemasan, serta barangan keperluan kritikal bagi menyokong masyarakat semasa krisis dan bencana  alam.
    • #SAMASAMABuatBaik: Usaha santunan komuniti untuk mendekati, menyokong, serta memperkasakan golongan  yang memerlukan melalui program yang bermakna.
  • Bahagian Impak Kedua – CUCKOO Cares: Memanfaatkan kepakaran teras Syarikat dalam industri peralatan rumah dan  barangan rumah sebagai Pencipta Kediaman Sihat serta komitmen jangka panjang untuk memperkukuh daya tahan masa  hadapan masyarakat, bahagian ini menumpukan kepada akses kesejahteraan hidup, pemeliharaan ekosistem, serta  pemerkasaan golongan muda menerusi tiga jenama tindakan CSR berikut: 
    • #SAMASAMAUplift: Meningkatkan standard kehidupan komuniti yang disantuni oleh Syarikat melalui penyediaan  penapis air serta penawaran solusi Kediaman Sihat Syarikat yang lain untuk melengkapkan kemudahan di sekolah,  pusat komuniti, rumah anak yatim, dan rumah jagaan warga emas
    • #SAMASAMAProtect: Inisiatif pengawasan alam sekitar secara langsung yang memfokuskan kepada perlindungan  ekosistem, memulihara habitat semula jadi, serta mengekalkan kelestarian hidupan di darat dan di dalam air. ○
    • #SAMASAMAEmpower: Memperkasakan generasi masa hadapan dan memupuk bakat tempatan di peringkat akar  umbi melalui penyediaan biasiswa khas, penajaan strategik, latihan vokasional, serta dana pembangunan.

Di bawah kerangka menyeluruh Projek CUCKOO Loves, Cares ini, kesemua enam jenama tindakan CSR tersebut dipandu secara  sistematik oleh Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDGs). Di samping jenama tindakan  CSR teras ini, Syarikat juga terus menyokong inisiatif kebajikan yang lebih luas, termasuk penajaan usaha rakan komuniti yang  lain, selaras dengan sasaran global tersebut. Langkah ini memastikan setiap lapisan jejak sosial CUCKOO Malaysia memacu impak yang mampan dan bermakna.

Merealisasikan Impian, Memacu Masa Hadapan Dengan CUCKOO Loves, Cares Project

Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator) ini turut meluncurkan CUCKOO Dream Fund susulan perasmian Projek  CUCKOO Loves, Cares bersama enam jenama tindakan CSR di bawahnya. Beroperasi di bawah jenama tindakan CSR  #SAMASAMAEmpower, inisiatif ini menyediakan peruntukan keseluruhan berjumlah RM100,000 bertujuan untuk menyokong  impian dan cita-cita bakat kreatif yang berada di peringkat awal atau fasa pertumbuhan baharu, seperti pelajar, graduan baharu,  atau pencipta kandungan bebas yang berusia antara 15 hingga 30 tahun.

Para pemohon dijemput untuk mengemukakan kertas cadangan projek yang asli bersama video pembentangan (pitch video) berdurasi 2 minit, merangkumi satu atau lebih daripada lima domain kreatif yang layak, termasuk Kandungan Digital &  Penceritaan (Digital Content & Storytelling), Muzik & Seni Bunyi (Music & Sound), Reka Bentuk & Seni Visual (Design & Visual  Arts), Seni Persembahan & Gerakan (Performance & Movement), atau Bengkel Kreatif (Creative Workshops). Permohonan yang  terpilih bakal menerima sumbangan sehingga RM10,000 bagi setiap projek, yang distrukturkan secara unik untuk mengiktiraf  bakat kreatif di samping menggalakkan tanggungjawab terhadap komuniti:

  • Sehingga RM5,000 bagi Geran Kreatif (Creative Fund): Dianugerahkan untuk menyokong hasil kreatif serta  pembangunan komponen projek seni yang asli.
  • Sehingga RM5,000 bagi Geran Penyelarasan Impak Sosial (Social Impact Alignment Fund): Insentif tambahan yang  diberikan khusus kepada projek yang mempunyai agenda sosial yang mantap atau membawa impak komuniti yang jelas.

Peruntukan keseluruhan RM100,000 ini akan diagihkan menerusi dua kitaran permohonan yang berbeza, dengan setiap kitaran  memperuntukkan jumlah RM50,000. Permohonan untuk Kitaran 1 dibuka bermula dari 1 Julai 2026 sehingga 30 September 2026,  manakala butiran bagi Kitaran 2 pula akan diumumkan kelak. Individu yang berminat boleh mengemukakan permohonan mereka  secara langsung melalui laman web rasmi CUCKOO Malaysia di www.cuckoo.com.my/CUCKOODreamFund. Setiap permohonan  akan dinilai secara menyeluruh berdasarkan matriks penilaian berstruktur yang merangkumi: Kebolehlaksanaan Projek  (Execution Feasibility – 50%), Inovasi & Keaslian Idea Projek (Innovation & Originality – 25%), Kemampanan Projek (Sustainability  – 15%), serta Impak Sosial Projek (Social Impact & Legacy – 10%).

Pelantikan 菲道尔 Firdhaus sebagai Sahabat CSR CUCKOO

Bagi membantu menterjemahkan pelan komprehensif ini kepada tindakan nyata, penyanyi-pencipta lagu tiga bahasa terkemuka  serta sensasi seni Mandopop, 菲道尔 Firdhaus, telah dilantik secara rasmi sebagai Sahabat CSR CUCKOO yang pertama dalam  sejarah Syarikat. Menerusi peranan dedikasi dan penglibatan secara langsung ini, 菲道尔 Firdhaus bakal bertindak sebagai wajah  mesra yang mengemudi naratif dan usaha kebajikan Syarikat, di samping menggalas tanggungjawab sebagai mentor bagi inisiatif  CUCKOO Dream Fund. Selaku mentor bagi CUCKOO Dream Fund, beliau akan terlibat secara langsung dalam proses senarai  pendek dan penilaian permohonan, serta membimbing para pemohon yang berjaya dalam melaksanakan projek mereka.

“Acara kami hari ini telah memberikan momentum baharu untuk memacu impak sosial yang lebih besar. Melalui pelantikan 菲 道尔 Firdhaus sebagai Sahabat CSR CUCKOO sulung kami, kami menyuntik tenaga yang tulus ke dalam usaha advokasi ini, yang  kami harapkan dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk melakukan kebaikan dan meluaskan lagi impak usaha. Sebagai sebuah entiti korporat, kami menyedari bahawa kesejahteraan sebenar merangkumi kehidupan semua makhluk, ruang yang kita diami, serta alam semula jadi yang kita kongsi bersama. Melangkah ke hadapan dengan pelan induk yang  bersepadu ini, matlamat kami adalah untuk menyalurkan tenaga kolektif ini demi perubahan jangka panjang. Dengan melindungi  ekosistem, menyantuni institusi kebajikan, serta mengangkat darjat komuniti, kami berharap dapat membina dunia yang lebih  berdaya tahan dan harmoni buat semua,” kata Ketua Pegawai Pemasaran CUCKOO Malaysia, Cik Queenie Goh.  

Acara itu juga menyaksikan pencapaian muzik yang melakar sejarah menerusi peluncuran lagu “像水一樣” (Be Like Water),  sebuah karya duet unik antara Biduanita Negara dan Duta CUCKOO, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, bersama 菲道尔 Firdhaus. Ditulis  dan digubah sepenuhnya oleh 菲道尔 Firdhaus, karya ini turut melakar kejutan besar buat Dato’ Sri Siti Nurhaliza apabila ia  menjadi lagu penuh berbahasa Mandarin yang pertama dalam sepanjang perjalanan seni muzik beliau. Mencerminkan falsafah  air yang menggambarkan bagaimana kasih sayang dan keprihatinan mengalir secara fleksibel serta menyesuaikan diri dengan  setiap cabaran, lagu ini melambangkan keselarasan yang sempurna dengan matlamat teras pelan induk CSR Syarikat, sekali gus  diangkat sebagai lagu tema CSR rasmi CUCKOO Malaysia. Dengan pengenalan lagu tema CSR CUCKOO Malaysia ini, Syarikat  tersebut turut dianugerahkan pengiktirafan rasmi daripada Asia Records sebagai “Lagu Tema CSR Rasmi bagi Korporat dalam  Bahasa Cina yang Pertama di Asia Menampilkan Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Firdhaus oleh Jenama Kelengkapan Rumah (2026)” (‘Asia’s First Chinese Corporate CSR Theme Song Featuring Dato’ Sri Siti Nurhaliza and Firdhaus by a Home Living Brand (2026)).

Memacu Impak Sosial: Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO Malaysia, Encik Hoe Kian Choon (KC Hoe), menyampaikan ucapan beliau sempena pelancaran rasmi Projek CUCKOO Loves, Cares. Pelan induk CSR yang baru ini direka untuk memberikan impak jangka panjang yang lebih besar dan berskala luas kepada komuniti di seluruh Malaysia.

Memperkasakan Generasi Kreatif Baharu: CUCKOO Malaysia meluncurkan “CUCKOO Dream Fund” secara rasmi dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM100,000. Beroperasi di bawah jenama tindakan CSR #SAMASAMAEmpower, geran kreatif ini menawarkan sumbangan sehingga RM10,000 bagi setiap projek bersama bimbingan industri buat pencipta bakat tempatan yang berusia antara 15 hingga 30 tahun.

(dari kiri)

  • Phei Yong, Duta CUCKOO;
  • Queenie Goh, Ketua Pegawai Pemasaran, CUCKOO International (MAL) Berhad;
  • Hoe Kian Choon (KC Hoe), Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif, CUCKOO International (MAL) Berhad;
  • Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Duta CUCKOO; dan
  • 菲道尔 Firdhaus, Sahabat CSR CUCKOO

The first-ever CUCKOO CSR Friend: Celebrated trilingual singer-songwriter and Mandopop sensation, 菲道尔 Firdhaus, is officially appointed as CUCKOO Malaysia’s first-ever ‘CUCKOO CSR Friend’. In this hands-on role, he will champion the Company’s CSR efforts and serve as a mentor for the CUCKOO Dream Fund.

Historic Duet: Biduanita Negara and CUCKOO Brand Ambassador, Dato’ Sri Siti Nurhaliza (right), alongside trilingual singer-songwriter and newly-appointed CUCKOO CSR Friend, 菲道尔 Firdhaus (left), performed the “像水一樣” (Be Like Water) song live for the first time. Written and composed by 菲道尔 Firdhaus, it marks Dato’ Sri Siti Nurhaliza’s first-ever full Chinese song and serves as CUCKOO Malaysia’s official CSR theme song.