KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2026 – Berakar umbi daripada 12 tahun memupuk kehidupan yang lebih sihat dan bahagia di seluruh negara, peneraju Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator), CUCKOO International (MAL) Berhad (“CUCKOO Malaysia”) secara rasminya mengumumkan kembalinya sambutan ulang tahun ikoniknya, CUCKOOTOPIA. Kempen bersejarah pada tahun ini membawakan siri inisiatif menarik yang bakal memuncak dengan sebuah konsert langsung berskala besar. Dianjurkan menerusi usaha sama dengan Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026, CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026 akan berlangsung pada hari Sabtu, 24 Oktober 2026, dari jam 6:30 petang hingga 12:00 tengah malam di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
“Dalam meraikan ulang tahun ke-12 CUCKOO, kami ingin mencipta lebih daripada sekadar sebuah acara dengan satu pengalaman yang bermakna. CUCKOOTOPIA adalah penghormatan kami buat semua rakyat Malaysia yang telah melalui perjalanan ini bersama kami, berkembang bersama untuk menjadi #SAMASAMAHealthier. Itulah sebabnya tema kami pada tahun ini diinspirasikan oleh bunga-bunga yang mekar dengan keunikannya tersendiri. Sama seperti taman yang memerlukan pelbagai jenis bunga untuk membentuk landskap yang menakjubkan, kejayaan kami hanya termakbul berkat kasih sayang, kegembiraan, dan komuniti setiap rakan yang mekar: BFF kami — Buddies, Friends, dan Families. Sambutan ini merupakan cara kami mengucapkan terima kasih, menterjemahkan penghargaan kepada tindakan dan menukarkan rasa syukur kepada sebuah perayaan”, kata Queenie Goh, Ketua Pegawai Pemasaran CUCKOO Malaysia.
Diterajui oleh tema kempen, “Ulang Tahun ke-12: Menghargai Setiap BFF”, sambutan ini menghargai komuniti yang memacu pembangunan CUCKOO Malaysia, bermula daripada pasukan di sebalik tabir dan lapangan hinggalah kepada para pelanggan, pengguna, serta peminatnya. Dalam merealisasikan tema ini, kempen ini akan diwarnai melalui siri inisiatif dinamik yang merangkumi acara Pop-up imersif, peraduan menarik, pelancaran koleksi barangan eksklusif, serta konsert langsung berskala besar.
Penampilan eksklusif oleh bintang antarabangsa dan Duta Global CUCKOO, Lee Junho, akan menyerikan lagi acara Pop-up dan konsert sebagai tarikan utama. Para peminat berpeluang beramah mesra dengan beliau di CUCKOOTOPIA Pop-up, sebuah acara imersif CUCKOO yang meriah yang dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 25 Oktober 2026 di Pavilion Bukit Jalil. Bukan itu sahaja, CUCKOO juga akan melancarkan koleksi barangan eksklusif edisi terhad CUCKOOTOPIA, di mana rekaan rasminya akan didedahkan tidak lama lagi.
Kemuncak sambutan ini ialah penganjuran konsert langsung yang bakal menggegarkan Stadium Merdeka. Pentas berprestij ini bakal diserikan dengan kemunculan yang paling dinanti-nantikan oleh Lee Junho. Turut memeriahkan suasana adalah penyanyi dari Taiwan, Trevor Kuo, dan Duta CUCKOO, Phei Yong, serta barisan bintang popular tanah air seperti Jaclyn Victor, Faizal Tahir, Ella, Mimifly, ALPHA, 3P, Jeryl Lee, Umairah, Odda, Emily, Janice Yoong, dan 15 peserta daripada program realiti 8TV, Youthopia.
Bagi memberi peluang kepada para peminat mendapat tiket eksklusif ke acara ini, peraduan CUCKOO Spend & Meet Lee Junho akan juga dianjurkan bermula 1 September hingga 10 Oktober 2026. Pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM200 untuk mana-mana produk atau pakej servis CUCKOO sepanjang tempoh peraduan dan menghantar penyertaan dengan mudah menerusi Aplikasi CUCKOO+ yang baru dinaik taraf. Menerusi peraduan ini, seramai 300 pemenang Hadiah Istimewa bakal membawa pulang tiket konsert Healthy Home Zone untuk menyaksikan konsert tersebut. Lebih mengujakan, 20 pemenang Hadiah Utama bakal memenangi sesi eksklusif untuk bergambar secara 1-on-1 bersama Duta Global CUCKOO, Lee Junho, di acara CUCKOOTOPIA Pop-up, berserta tiket konsert Rock Zone. Selain daripada peraduan ini, tiket konsert juga boleh dimenangi menerusi aktiviti eksklusif yang akan datang dan peminat digalakkan untuk mengikuti laman media sosial rasmi CUCKOO bagi merebut peluang keemasan ini.
Bagi menyemarakkan lagi sambutan ini, CUCKOO Malaysia membawakan pengalaman yang lebih menyeluruh menerusi jalinan kerjasama strategik dengan barisan jenama dan rakan kongsi terkemuka. Sambutan luar biasa ini akan dijayakan bersama TV3 dan 8TV selaku Media Rasmi, Montigo sebagai Rakan Rasmi Bekas Minuman (Official Drinkware Partner), STEP8IGHT sebagai Rakan Rasmi Gaya Hidup (Official Lifestyle Partner), TikTok Shop sebagai Rakan Rasmi e-Dagang (Official E-Commerce Partner), dan bagi menyokong Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai CUCKOO, ikuti laman media sosial rasmi CUCKOO di Facebook @CUCKOOInternational, Instagram @CUCKOO_official dan TikTok @CUCKOOofficial.
###
Mengenai CUCKOO International (MAL) Berhad (“CUCKOO Malaysia”, KLSE:5336)
CUCKOO Malaysia ialah Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator) yang komited dalam usaha memupuk gaya hidup lebih sihat untuk pelanggannya menerusi peralatan rumah dan barangan rumah, produk penjagaan kulit dan makanan bernutrisi, serta servis penjagaan kediamannya. Syarikat itu pada asasnya terlibat dalam akitiviti perdagangan dan penyewaan peralatan rumah, tilam dan perabot, penjualan produk penjagaan kecantikan, penyediaan servis penjagaan kediaman, dan aktiviti pemegangan pelaburan. Ia adalah pengedar tunggal dan eksklusif produk jenama CUCKOO di Malaysia, Singapura, dan Brunei. CUCKOO Malaysia menawarkan pelbagai rangkaian penyelesaian yang merangkumi empat segmen perniagaan: jenama CUCKOO, CUCKOO Co-Created, WonderLab dan WonderDewi, serta WonderKlean, yang meliputi peralatan rumah, barangan rumah, produk penjagaan kulit dan makanan bernutrisi, serta perkhidmatan penjagaan kediaman. Syarikat itu komited untuk mewujudkan impak sosial yang positif kepada komuniti di mana ia beroperasi, bagi meningkatkan taraf hidup komuniti yang memerlukan, selaras dengan matlamatnya untuk menjadi “Pencipta Kediaman Sihat”.











